Monday 11 July 2011

Lokasi Majlis Makan Malam DPIM Pahang


Peta


Perjalanan menggamit memori..

Simpang menuju ke Bandar Jengka...ops dah tukar secara rasmi sebagai Bandar Tun Abd Razak oleh pm Dato' Sri Najib baru-baru ini semasa Hari Peneroka. Masuk simpang kanan, jangan silap pulak ke laut nanti hahaha.

Lagi 20km nak sampai Bandar Tun Abd Razak Jengka, lebih kurang 20 minit je... bleh la menikmati pemandangan indah semasa perjalanan.

  Ladang Getah

 Ladang Kelapa Sawit
Damaikan? Nyaman je tengok ladang getah dan kelapa sawit....nun menghijau gunung ladang dan rimba, langit nya biru bertambah biru nya, deru angin turut sama berlagu..bla..bla..bla


Wow......kerbau pown ader... AWAS haiwan ternakan melintas, hati-hati bila melalui jalan ini memang banyak lembu dan kerbau berkeliaran ( kalau masok lomak pown sodap)

Memang adventure jalan kat Jengka ni banyak selekoh tajam dan sempit. So.... pandulah dengan cermat dan ingat lah orang yang tersayang ANDA mampu mengubahnya (buat drift ni pergh.......layan)


               Nampak dah...... sepasang gading gajah sebagai pintu gerbang ke Bandar Jengka

Selamat datang ke Bandar Tun Abd Razak Jengka
 
Nampak pulak petrol station Petronas & Shell....berehat sebentar bersama Kit Kat dan bleh la isi minyak dulu. Dah dekat sangat la ni dengan Bandar Jengka.

        Akhirnya sampai jugak ke Bandar Jengka yay.... Masuk simpang ke kanan lebih kurang 4km sampai ke UiTM Pahang.

 
Disini lah berlangsungnya Jengka Drag Challenge 2011 baru-baru ini.....berdzuupp....fuhhh

Perjalanan jauh yang memenatkan bleh berehat di sini, karaoke juga disediakan.

 Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke UiTM Pahang

 Bangunan pentadbiran UiTM Pahang


0 comments:

Post a Comment