Saturday 25 June 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI DPIM 2011 UiTM PAHANG




 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

      Sukacita dimaklumkan bahawa Pelajar-pelajar Bahagian Lima Diploma Pengurusan Ladang (DPIM) dengan kerjasama Persatuan Planter’s Guild (PG’S) akan menganjurkan  Majlis Makan Malam Alumni DPIM, UiTM Pahang pada:
            Tarikh               :           16 Julai 2011 (Sabtu)
            Masa                :           8.00 – 12.00 malam
Tempat            :           Dewan Serbaguna, UiTM Jengka, Pahang


OBJEKTIF

  • Objektif utama Majlis Makan Malam ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara alumni dan pelajar DPIM.
  • Menjejaki bekas-bekas pelajar Diploma in Planting Industry Management (DPIM), UiTM Pahang.
  • Menjadi "Role-Model" kepada pelajar-pelajar yang masih menuntut di UiTM Pahang dalam jurusan Diploma in Planting Industry Management (DPIM).
  • Berkumpul bagi tujuan bertukar-tukar pengalaman dan pendapat masing-masing tentang kerjaya mereka.


     Pihak kami sukacitanya menjemput tuan/puan untuk turut sama menjayakan dan memeriahkan Majlis Makan Malam ini. Bayaran sebanyak RM 50.00 dikenakan pada setiap alumni dan kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari pihak tuan/puan dalam menjayakan majlis ini. Pihak tuan/puan boleh membuat pembayaran terus ke akaun Alumni DPIM Dinner UiTM Pahang di Maybank (No Akaun: 106146241912) dan bukti pembayaran boleh dimaklumkan melalui email (44generation@gmail.com) ataupun difakskan kepada UiTM (09-4602208 – u/p: Noorshilawati Abdul Aziz) sebelum atau selewat-lewatnya pada 01 Julai 2011

       Pihak kami juga memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk memberi maklumbalas kehadiran tuan/puan sebelum atau pada 30 Jun 2011. Untuk keterangan lanjut tuan/puan boleh menghubungi secretariat Majlis Makan Malam Mohammad Irfan Syafwan bin Ramli (017-9021936) ataupun Nur Shereena bt Sam (019-2185772). Perhatian dan kerjasama dari tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
                        




0 comments:

Post a Comment