Thursday 14 July 2011







TENTATIF PROGRAM

16 hb  Julai 2011 (Sabtu)

7.45 p.m
Pendaftaran para jemputan & Ketibaan para pelajar DPIM
8.00 p.m
Ketibaan tetamu jemputan:
         Pengarah kampus
Yang Hormat Prof.Madya Dato Dr.Hj.Hilmi Ab Rahman
         Timbalan Pengarah Kampus Bahagian HEA
Prof.Madya Hj.Khafiruddin Bin Ali
         Timbalan Pengarah Kampus Bahagian HEP
En.Muhammad Mokhtar Bin Samat
         Ketua Program DPIM
Tn.Hj.Noor Hishamuddin Bin Sulaiman
         Para jemputan alumni
         Penasihat Planters’ Guild
Cik Norhaslinda Binti Arun
         Pensyarah-Pensyarah DPIM
         Staf Unit Ladang
8.30 p.m
Ucapan alu-aluan, selamat datang dan bacaan doa
8.40 p.m
Ucapan Rektor UiTM Pahang
Ucapan Perasmian Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi
9.00 p.m
Jamuan makan di mulai dengan bacaan doa
Persembahan pembukaan
Tayangan Multimedia
9.30 p.m
Sesi Imbau Kembali Kenangan
           #Alumni 1
           #Alumni 2
10.00 p.m
Cabutan bertuah
Penyampaian hadiah:-
            - Anugerah Best dressing of The Night
           - Cenderahati  kepada VIP
10.15 p.m
Persembahan pelajar dan Nyanyian lagu Planter’s song
10.30 p.m
Sesi bergambar dan jejak alumni
11.30 p.m
Majlis bersurai

  • Tentatif boleh berubah mengikut perubahan masa dan kesesuaian program. 
  •  
    “Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan”

    Monday 11 July 2011

    Lokasi Majlis Makan Malam DPIM Pahang


    Peta


    Perjalanan menggamit memori..

    Simpang menuju ke Bandar Jengka...ops dah tukar secara rasmi sebagai Bandar Tun Abd Razak oleh pm Dato' Sri Najib baru-baru ini semasa Hari Peneroka. Masuk simpang kanan, jangan silap pulak ke laut nanti hahaha.

    Lagi 20km nak sampai Bandar Tun Abd Razak Jengka, lebih kurang 20 minit je... bleh la menikmati pemandangan indah semasa perjalanan.

      Ladang Getah

     Ladang Kelapa Sawit
    Damaikan? Nyaman je tengok ladang getah dan kelapa sawit....nun menghijau gunung ladang dan rimba, langit nya biru bertambah biru nya, deru angin turut sama berlagu..bla..bla..bla


    Wow......kerbau pown ader... AWAS haiwan ternakan melintas, hati-hati bila melalui jalan ini memang banyak lembu dan kerbau berkeliaran ( kalau masok lomak pown sodap)

    Memang adventure jalan kat Jengka ni banyak selekoh tajam dan sempit. So.... pandulah dengan cermat dan ingat lah orang yang tersayang ANDA mampu mengubahnya (buat drift ni pergh.......layan)


                   Nampak dah...... sepasang gading gajah sebagai pintu gerbang ke Bandar Jengka

    Selamat datang ke Bandar Tun Abd Razak Jengka
     
    Nampak pulak petrol station Petronas & Shell....berehat sebentar bersama Kit Kat dan bleh la isi minyak dulu. Dah dekat sangat la ni dengan Bandar Jengka.

            Akhirnya sampai jugak ke Bandar Jengka yay.... Masuk simpang ke kanan lebih kurang 4km sampai ke UiTM Pahang.

     
    Disini lah berlangsungnya Jengka Drag Challenge 2011 baru-baru ini.....berdzuupp....fuhhh

    Perjalanan jauh yang memenatkan bleh berehat di sini, karaoke juga disediakan.

     Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke UiTM Pahang

     Bangunan pentadbiran UiTM Pahang